Isnin, Mei 24, 2010

Artwork (II)



Warisan Budaya Melayu

Baju Kebaya

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

Baju kurung Cekak Musang
Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun.

Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu, samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.

Baju kurung cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok


Baju kurung Kedah

Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand di mana wanitanya kini memakai baju berleher potongan bujur sireh. Ianya dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung atau pelikat yang diikat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan.

Baju kurung Teluk Belanga
Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Baju Kurung Teluk Belanga
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.



Ahad, Mei 23, 2010

Kerjaya Bidang Seni

A. Pereka Hiasan Dalaman
Pereka bentuk dan juruhias dalaman menggunakan teknik seni halus ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan.
Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 2,600 – 4,200
Sektor Swasta (RM) :
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman
Diploma Seni Reka Dalaman
Contoh Institusi
Universiti Teknologi Mara
Akademi Seni Malaysia
Lim Kok Wing Of Creative Technology
Senarai Tugas
-Merekabentuk gubahan seperti lingkaran bunga, jambangan bunga, dan korsaj mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan kebolehgunaan bunga.
-Mencipta dan menghasilkan kesan seni untuk kegunaan jendela peragaan dan tempat pameran/promosi yang lain;
-Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggn, menjalankan penyelidikan, dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur;
-Merekabentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya pakaian dan perhiasan baru serta berusaha untuk Menyelaraskan pertimbangan estetik dengan keperluan teknik dan keperluan lain;
-Mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain;
-Membuat reka bentuk hiasan tatu pada kulit pelanggan;
-Merekabentuk dan melukis pemandangan pentas;
-Menyelia pengeluaran produk contoh atau merekabentuk ilustrasi, mengarahkan pekerja lain membuat model atau corak produk, atau mengarahkan pelukis kemasan atau pelukis susun atur supaya menyusun kerja seni untuk dicetak


B . Jurugambar
Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.
Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400
Sektor Swasta (RM) :
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perundangan
Contoh Institusi
Diploma Teknologi Fotografi
Degree photography & creative Imaging
Ijazah Sarjana Muda Fotografi

Senarai Tugas
-Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;
-Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
-Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang;
-Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan;
-Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;
-Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya;
-Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan fotografi;
-Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;
-Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej;

C. Arkitek Bangunan

Arkitek bangunan menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat, merekabentuk bangunan rekreasi, institut, kediaman, komersil, dan industri serta merancang dan memantau pembinaannya, menyenggara, dan membaik pulih.
Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 2,000 – 5,300
Sektor Swasta (RM) : 1,980 – 4,140
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Senibina
Contoh Institusi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Malaya
Senarai Tugas
-Menyelia kerja pembinaan yang berlangsung untuk memastikan pelan, spesifikasi, dan standard kualiti dipatuhi;
-Merancang dan merekabentuk pembangunan kawasan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya, dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, industri, dan kediaman;
-Mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah berhubung dengan fungsi dan kualiti persekitaran dalaman bangunan dan membuat reka bentuk, lukisan, dan pelan yang perlu;
-Merekabentuk bangunan; menyediakan lukisan dan merancang pembinaannya;
-Menyenggara dan membaik pulih serta membina hubungan yang perlu untuk memastikan kemungkinan projek berkaitan dengan gaya, kos, dan pemasangan mematuhi peraturan dan sebagainya;
-Merujuk pelanggan dan memberikan saranan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan lain-lain aspek pembinaan;
-Membangun dan menambah baik teori dan kaedah seni bina yang baru;
-Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi, dan anggaran kos untuk pembangunan tanah, menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur, dan tumbuh-tumbuhan;
-Menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang sudah siap.
-Merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan bandar;

5 Kerjaya Pilihan Lepasan Graduan Sains Komputer dan IT

Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan. Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).

Berikut adalah 5 kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.com) Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi (soft skill pun kena mantap ) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif
Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi
Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat
Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

Tenaga Kerja .....

NUSAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kira-kira 77 peratus daripada tenaga kerja negara hanya memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

Beliau berkata, keadaan ini pastinya tidak selaras dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Menurutnya, jika soal jurang pendidikan itu tidak ditangani dengan serius, Malaysia tidak akan mempunyai tenaga kerja yang cukup dari aspek pendidikan mahupun persediaan, untuk bekerja dalam industri berdaya maju yang sedang diusahakan negara. Beliau berkata demikian semasa melancarkan portal MYWorkLife Talent KhazanahNasional di Puteri Habour di sini semalam ini. Najib seterusnya merujuk kepada pengumuman syarikat Western Digital Malaysia baru-baru ini untuk melabur USD1.2 bilion dalam negara, membabitkan pembinaan bangunan pencakar langit dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi khusus untuk kemudahan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran komponen media serta pemacu cakera keras. Menurutnya pelaburan itu mewujudkan sehingga 10,000 pekerjaan tambahan, kebanyakannya membabitkan pekerja yang memiliki kelulusan tinggi, sekurang-kurangnya 100 berkelulusan Phd, dan 1,000 berkelulusan ijazah.

"Apa yang digambarkan oleh angka ini mengenai negara? Ia menunjukkan bahawa negara tidak melahirkan modal insan yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti untuk memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inivatif," katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagaimana yang digariskan oleh Model Ekonomi Baru, beberapa faktor utama adalah penting dalam usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang dapat mengharungi cabaran di masa akan datang. "Negara perlu meningkatkan kemahiran pekerja tempatan sepanjang masa, membekalkan semula tenaga kerja sedia ada dengan kemahiran yang diperlukan dan memperolehi akses kepada kemahiran tempatan serta global, supaya pendapatan perkapita negara dapat ditingkatkan daripada US$7,000 (RM23,345) kepada US$15,000 (RM50,000) menjelang 2010," katanya.

Bidang yang boleh ditimbangkan untuk dikaji semula supaya dapat menarik minat rakyat Malaysia dan pekerja asing yang berpengalaman untuk menyumbang kemahiran di Malaysia termasuk:

- Melonggarkan peraturan berkaitan status pemastautin tetap buat bekas rakyat Malaysia dan keluarga mereka, di samping warga asing.

- Memusatkan tumpuan terhadap pekerja asing dan ekspatriat bagi membolehkan dasar-dasar berkaitan pemastautin diuruskan dengan lebih berkesan.

- Membina kumpulan profesional mahir yang besar menerusi pengeluaran permit kerja dan prosedur imigresen yang lebih mudah.

- Berterusan meliberalisasi sektor perkhidmatan profesional.

Turut hadir pada majlis semalam ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul GhaniOthman dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar. - BERNAMA

Sabtu, Mei 22, 2010

artwork .........







Khamis, Mei 20, 2010

Type of lines

Continuous Line Drawing
While observing an object, the drawing implement remains on the the page with uninterrupted contact creating enclosed shapes. Oftentimes, lines will have to cross over themselves repeatedly in order to finish drawing the subject being studied. Examples of this can be seen in drawings by Pablo Picasso and Egon Schiele. They were able to create beautiful line qualities by never lifting their drawing instrument off the page. Hands are particularly interesting when drawn in this style, as each knuckle and fingernail is detailed by lines that intersect and overlap moving on to the next detail.

Gesture Drawings
Gesture drawings are commonly used as warm-ups in figure drawing classes. They are spontaneous representations of an expressive stance of a subject. Gesture drawings are usually contained within the limits of 30 seconds to two minutes. This type of exercise helps to loosen up the wrist and align the hand with the eye. It is possible to capture movement and weight in gesture studies. Some artists prefer to use the tip of their drawing tool to show the quick outlines of a figure, while other artists use the wide edge of their instrument to shade in the weight of the subject being studied. It is common to see a series of 10 or 15 gesture drawings overlapping on one page.

Mass Gesture Lines

Mass gesture lines refer specifically to using a drawing instrument on its widest side. Charcoal is a great tool for accomplishing this line. By looking at the subject being studied, the drawing tool is used sideways to deliver a quick, wide mark. This type of mark specifically shows the density of the subject. In order to show weight, the tool can be used with more pressure for a darker mark. To show lighter mass, less pressure can be applied. Unlike gesture drawings, there are no outlines in mass gesture practices.

Reductive
Starting with a sheet of paper covered in charcoal or graphite, the object being studied is drawn into the covered ground using an eraser. A gum eraser is preferable as you can easily manipulate it to any width or point. The resulting drawing is one of negative line space.

Parallel or Cross Hatching Lines
Marks created with repeating lines are used to create texture, patterns or shading. This is often seen in renderings created by master artists and illustrators. By creating lines that are close together or intersecting them at diagonal angles, delicate or harsh shading can be achieved. Typically these lines are not blended. The more lines that are clustered next to one another or crossing over each other, the darker the shading becomes. The shading can also be altered by the pressure of the tool used to make the marks. However, if ink is being used, pressure will not alter the intensity of color. Instead, choosing to make less marks or make them further apart from one another will give the effect of lighter shadows.

Selasa, Mei 18, 2010

Soalan kertas 2 PPT 2010

Peperksaan Pertengahan Tahun

Penddikan seni Visual

Kertas 2

Masa: 2 Jam



Arahan:
Pilih dan jawab satu soalan sahaja


1. Banjir kilat telah melanda rumah anda. Setelah air surut kelihatan lumpur dan sampah sarap meliputi lantai. Anda dan adik sedang membersihkan lantai rumah. Lukiskan suasana tersebut.


2. Seorang pekebun sedang mengasah parang di kebunnya. Di tepinya terdapat sebatang cangkul dan beberapa biji kelapa. Gambarkan keadaan ini dari jarak dekat


3. Lukiskan pemandangan yang menunjukkan sebatang anak sungai. Di kiri dan kanan sungai itu ditumbuhi rumput-rumput dan pokok-pokok. Lukisan anda hendaklah menunjukkan ruang depan, tengah dan belakang.


4. Suatu pemandangan yang indah di atas sebuah planet. Kelihatan satu makhluk ganjil berjalan-jalan di celah-celah batu batan yang beraneka rupa. Lukiskan suasana fantasi ini.


5. Seekor ikan besar terletak di atas papan pemotong. Di tepinya terdapat sebilah pisau dan sebuah besen yang berisi beberapa ekor ikan. Lukiskan keadaan ini dari jarak dekat dengan memberi fokus kepada bentuk dan jalinan.

6. Di dalam sebuah akuarium terdapat 3 ekor ikan yang berlainan bentuk sedang berenang. Di dalam akuarium itu terdapat beberapa hiasan. Gambarkan suasana ini dari jarak dekat.


SELAMAT MENJAWAB

Khamis, Mei 13, 2010

hari guru

maaf le ..
x sempat nak buat semua..saje je hidupkan balik skill yg dah lama tinggal.

Rabu, Mei 12, 2010

SELAMAT HARI GURU





LaGu dan LiRiK LaGu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Isnin, Mei 10, 2010

Malaysian Artist - Abdul Latif maulan




Kenapa aku pilih pelukis ni menghiasi blog ni? Jawapannya, aku merasakan Latif ni memang 'born as an artist'. Latif tidak mendapat pendidikan tinggi,tidak belajar seni halus di mana- mana pusat pengajian tinggi. namun begitu, kerana kesungguhan dan minat yang mendalam dalam seni,latif mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan mana-mana pelukis tersohor negara.
Saja aku sertakan biodata Latif untuk tatapan dan renungan pengunjung.

Education : Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bentung

I was born in 1974, in a village called Kampung Lebu,

Bentung, Malaysia. 1991-1999: Finishing high

school in 1991, I worked as an Advertising Designer at a shopping complex at the small town of Bentung, where I live. I was offered a place as a Resident Artist which I was delighted to accept. There I was able to learn informally about art and I started to become aware of real works of arts and artist. During this period, whilst I was a part time artist at the Gallery I was also working full time as an Advertising Designer.I learned much about the world of art and met several very interesting and famous Malaysian artists, It was the advised and encouragement from these artists that gave me confidence to become a full time artist myself. I participated in a number of group exhibitions which proved to be extremely successful.

Exhibition:
1996 Rupa Kata, Pekan Seni Ipoh, Perak, M'sia.

1997 A Question Of Balance, Art Case Gallery, Kuala Lumpur.

1998 Mirror-Mirror On The Wall, Art Case Gallery, Kuala Lumpur.

1999 Miniaturization, Art Case Gallery, Kuala Lumpur.

1999 The Journey Of Malaysian Art, Kuala Lumpur.

2000 Inspirational Travel, USA, Australia
2002-2003 Inspirational Travel England, France, Italy

2004 Melting Pot Of Culture, Great Eastern Mall and Art Case Gallery, Kuala Lumpur
(Demonstration of realism art painting)

2005 Tsunami Fund Art Donation, Malaysian Red Crescent, ART Case Gallery , Kuala Lumpur

2006 PARALLEL UNIVERSE, First Solo Exhibition, Art case Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia

kelas tambahan


Salam anak2 didikku..


Apa dah jadi? Kelas tadi,tak sampai pun suku dari 60 pelajar 5K yang datang. Maybe,1st day kot? Tak pa la..esok-esok kita tengok macam mana sambutan. Tak tau la pasal apa,dah pandai ke atau kepenatan. Anyway, keje mesti siap. Jangan pulak nanti dapat 'surat cinta' sudah la. Dalam simpanan,dah ada 5-6 orang yang layak diberikan surat cinta tu.Tu baru satu kelas,belum lagi kelas K1. Harap-harap tak ada dah kot.


Kerja melukis ni bukan soal pandai atau tidak. semuanya terpulang kepada diri sendiri. Dalam apa juga yang dibuat, kemahuan untuk buat mesti ada. Kalau tak ada,fikir-fikirkan la apa akan jadi pada diri 5,6.10 atau 20 tahun akian datang.


Buat pelajar2 tingkatan 5, ni adalah peluang terbaik untuk anda menentukan warna-warna hidup akan datang. Penat lelah,susah payah hari ini akan menentukan corak hidup masa depan anda. Jadi,fikir2kan lah.


Selamat Maju Jaya

Malaysian Top Artist -P Ramle


Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura

Latar belakang
Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri, Syeikh Ali, yang sama ibu dengannya.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.

Permulaan kerjaya seni
Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.


Penghargaan selepas pemergian


P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.
P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P.Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P.Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".
Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.
Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

1945
• Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3" - P. Ramlee
1946
• Pertandingan Nyanyian Keroncong Pualu Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
• Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-2" - P.Ramlee
1947
• Pertandingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat pertama" - P.Ramlee
1951
• Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee
1952
• Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita
1953
• Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee
• Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
• Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
1956
• Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" - Zaiton bagi Hang Tuah
• Majalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali
"Pengarah Kedua Terbaik" - Phani Majumdar bagi Anakku Sazali
"Pelakon Wanita Terbaik" - Saadiah Baharom bagi Semerah Padi
• Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca
1957
• Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
• Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee
"Pelakon Kanak-kanak Terbaik" - Tony Castillo bagi Anakku Sazali
1958
• Festival Filem Asia ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak
• Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak
1959
• Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok
1960
• Majalah Gelanggang Singapura
"Filem Paling Popular" - Pendekar Bujang Lapok
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Nujum Pak Belalang
• Majalah Bintang Singapura
"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Nujum Pak Belalang
"Seniman Teratas" - P.Ramlee
"Lagu Kegemaran" - Jangan Adik Angan-Angan dari Musang Berjanggut
• Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang
1962
• Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
• Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail
"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.
1963
• Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee
1964
• Festival Filem Asia ke-11 Taipei
"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga
1965
• Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku

Ahad, Mei 09, 2010

Malaysian Top Artist - Ibrahim Hussien

Ibrahim Hussein merupakan seorang pelukis dari Malaysia yang cukup tersohor. Beliau lahir pada 13 Mac 1936 di Yan, Kedah Darul Aman. Kerjaya beliau ialah pelukis sepenuh masa.

Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengusahakan Muzium dan Yayasan Ibrahim Husssein (IHMCF) di pulau Langkawi, Kedah. Muziumnya itu termasuk di dalam kawasan Langkawi Geopark yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

Ibrahim berkahwin dengan gadis pilihannya di Universiti Malaya bernama Sim Hussein pada 1976. Anaknya bernama Alia Ibrahim Hussein. Abangnya, Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di Malaysia dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada 1976 beliau menjadi residen artis di UM atas jemputan Profesor Diraja Ungku Aziz di mana beliau bertemu jodoh.

Pendidikan

  1. Akademi Seni Nanyang Singapura (1956)
  2. Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 – 1963)
  3. Royal Academy Schools, London (1964 – 1966)
  4. American Workshop, Venice (1970)

Anugerah

  1. Byam Shaw Scholarship, London (1959 – 1963)
  2. Byam Shaw Award of Merit (1961 – 1963)
  3. Royal Academy Scholarship, London (1963 – 1966)
  4. Griffin Prize, London (1964)
  5. Fullbright Travelling Scholarship (1967)
  6. John D.Rockefeller III Fund Fellowship (1967 – 1968)
  7. Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970)
  8. Lee Foundation Fellowship, University Malaya (1970 – 1971)
  9. XVIII International D’Art Contemporain de Monte Carlo (1984)
  10. Japan Foundation Cultural Award (1988)
  11. Order of Andres Bello, Venezuela (1993)
  12. Hugo Boss Hall of Distinction (1994)
  13. Order of Bernardo O’Higgins, Chile (1995)
  14. Crystal Award oleh The World Economic Forum, Annual Meeting, Davos, Switzerland (1997)
  15. “Style with Substance” American Express/ Hong Leong Bank (2000)
  16. Griffin Prize, London (1964)
  17. Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970)
  18. Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997)
  19. Order of Bernado O'Higgings, Chile (1995)
  20. Order of Andres Bello Venezuela (1993).

Darjah Kebesaran

  1. Ahli Mangku Negara (AMN) (1973)
  2. Kesatria Mangku Negara (1991)
  3. Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (1995)
  4. Darjah Kebesaran Setia DiRaja Kedah (1996)
  5. Darjah Kebesaran Dato’ dari Sultan Selangor (2001)

Pameran solo

  1. John Whibley Gallery, London (1963)
  2. Gallerie Internationale, New York (1965)
  3. AIA Building, Kuala Lumpur (1966)
  4. Chinese Chamber of Commerce, Singapore (1966)
  5. Newsweek Gallery 10, Newsweek Building, New York (1968)
  6. Solidaridad Gallery, Manila (1969)
  7. Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1969)
  8. Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1975)
  9. Dhait Abdullah Al Salam Gallery, Kuwait (1977)
  10. IH Gallery, Kuala Lumpur (1982)
  11. Daruma Art Centre, Copenhagen (1983)
  12. Gallerie Bortier, Brussels (1983)
  13. Gallerie Kaleidescoop, Ghent (1983)
  14. National Art Gallery, Malaysia: Ibrahim Hussein-A Retrospective (1986)
  15. Universiti Utara Malaysia (1986)
  16. Singapore Arts Festival, National Art Gallery, Singapore (1986)
  17. Takashimaya Art Gallery Tokyo (1989)
  18. Takashimaya Art Gallery, Osaka (1989)
  19. Museo Nacional de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991)
  20. World Economic Forum, Davos, Switzerland (1994)
  21. Inaugural Exhibition- Ibrahim Hussein Foundation Museum, Langkawi, Malaysia (1999)

Malaysian Top Artist - Dato' Jimmy Choo


Dato' Jimmy Choo OBE, born Jimmy Choo Yeang Keat, (Chinese: 周仰杰) [1] is a Malaysian fashion designer based in London, United Kingdom. He is best known for founding Jimmy Choo Ltd that became known for its hand-made women's shoes.

Choo was born in Penang, Malaysia into a family of shoemakers. He is of Chinese Hakka [2] descent. He made his first shoe when he was 11 years old. He is perhaps the most notable of students of Cordwainers Technical College in London Borough of Hackney, London from which he graduated in 1983. The college is now part of the London College of Fashion. Choo has divulged that he worked part-time at restaurants and as a cleaner at a shoe factory to help fund his college education.

Jimmy Choo's beginnings can be traced back to his workshop in London Borough of Hackney, North London, which he opened in 1986 by renting an old hospital building. His craftsmanship and designs were soon noticed and he came to the verge of international notability when his creations were featured in a record eight pages in a 1988 issue of Vogue magazine. Patronage from Diana, Princess of Wales from 1990 onwards further boosted his image.

In 1996, he co-founded Jimmy Choo Ltd with British Vogue accessories editor Tamara Mellon.

In April 2001, Choo sold his 50% stake in the company for £10 million. He has since been concentrating his work on the exclusive Jimmy Choo Couture line produced under license from Jimmy Choo Ltd. The Jimmy Choo London line, also known as Jimmy Choo Ready-To-Wear or, simply, Jimmy Choo, is under the purview of Tamara Mellon. The ready-to-wear line has expanded to include accessories such as handbags.

Choo lives in London. He is currently involved in a project to set up a shoemaking institute in Malaysia, where his iconic status is often evoked to inspire budding shoemakers and fashion designers. His company Jimmy Choo Ltd. produces some of the most expensive high-end shoes.

Awards

* 2000: Bestowed a state award carrying the title of Dato' by the Sultan of Pahang state in Malaysia for his achievements
* 2002: Conferred an OBE by Queen Elizabeth II in recognition of his services to the shoe and fashion industry in the United Kingdom
* 2004: Awarded the Darjah Setia Pangkuan Negeri by the Yang di-Pertua Negeri (Governor) of his home state of Penang, which also carries the title Dato' [3]
* Awarded a fellowship by the University of the Arts London, conferring the use of the title Professor

Rabu, Mei 05, 2010

Folio KRSV 2010

Untuk dapatkan photo,klik link dibawah ( klik kanan-open in new tab )
a. BATIK
b. LOGO
c. POSTER ( dalam proses upload)
d. PELEKAT KENDERAAN ( dalam proses upload)

FOLIO SPM

Kepada anak-anak didik psvku:

masa semakin suntuk.mcm mana folio anda.Dah setakat mana dah? Jangan malas-malas ye,cuba sebaik mungkin buat yang terbaik.Bukan untuk saya,bukan juga untuk sekolah,tapi untuk DIRI SENDIRI.

Dalam masa yang singkat ini,cuba la siapkan sebaik mungkin.

KELAS PETANG AKAN DIBUKA MULAI ISNIN 16 MEI 2010.