Ahad, September 10, 2006

ASAS SENI REKA 1














UNSUR-UNSUR SENI

a) Garisan
-Garisan adalah satu siri titik yang bersambung atau mempunyai jarak tertentu.
- contoh-contoh garisan:
a) garisan bergeririgi
b) garisan berlingkar
c garisan lengkung
d) garisan berpancar

Fungsi-fungsi garisan:

1. Garisan menegak memberi kesan gambaran teguh dan stabil
2. Garisan pancaran memberi gambaran bertenaga.
3. Garisan menimbulkan pergerakan
4. Ulangan garisan menciptakan corak
5. Ulangan garisan juga dapat menimbulkan form atau bentuk
6. Susunan garisan dalam pelbagai gaya menimbulkan kesan ton.
6. Garisan menunjukkan ilusi ruang

b) Rupa
- Rupa ialah kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar dan tidak mempunyai jisim.
-Terdapat 2 jenis rupa :
a) rupa organik
- tidak mempunyai sempadan yang tepat ( bersudut ).
- direka secara tidak sengaja
- kelihatan hidup
- dicipta secara spontan

b) rupa geometrik
- mempunyai sempadan yang tepat
- direka dengan sengaja
- kelihatan terkawal dan kurang hidup
- dicipta dengan menggunakan alatan geometrik

Fungsi rupa:
1) Boleh diolah secara positif dan negatif
2) dapat diaplikasikan dalam gubahan grafik dan seni halus
3) Rupa geometrik menghasilkan gambaran tersusun, selesa dan kemas walaupun
adakalanya membosankan.
4) Rupa organik memberi kesan gambaran rancak, berirama, bebas dan spontan.
5) Kombinasi kedua-duanya menghasilkan gambaran pelbagai, bergaya dan dinamik.
6) Pengulangan rupa menghasilkan corak.
7) Rupa juga boleh berfungsi sebagai lambang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.