Selasa, Ogos 07, 2012

Tahniah dan terima Kasih kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang mengambil subjek PSV SPM 2012.

Tahniah kerana telah berjaya menyiapkan tugasan folio anda.
Terima kasih juga kerana memberikan usaha anda tanpa jemu untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Selesai satu bab,ingat...ada dua lagi menanti anda.

Semoga berjaya dan terus berjaya!!!

( Gambar-gambar akan diuploadkan kemudian..harap bersabar )

Jumaat, Mac 02, 2012

Soalan Ujian selaras satu Tingkatan 2


Arahan: Pilih satu sahaja dari soalan berikut


1)Anda begitu terkejut kerana buah termbikai yang anda beli telah berubah menjadi rumah yang didiami oleh biji-biji tembikai yang mempunyai kaki dan tangan.Lukis dari jarak dekat buah tembikai tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan,bentuk,ruang dan pencahayaan.

2)Sebuah tunggul kelapa di tepi pantai ditumbuhi pokok orkid yang sedang berbunga.Lukis dari jarak dekat tunggul kelapa dan pokok orkid.Penekanan hendaklah diberikan kepada unsur jalinan,bentuk,pencahayaan dan ruang.

3)Sebuah kiub,silinder dan kon terletak di atas meja.
Lukis suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan, dan pencahayaan.

4)Beberapa orang pelajar sedang memerhatikan pelbagai jenis ikan di dalam sebuah terowong akuarium.
Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan,ruang,persepektif dan pencahayaan.

5)Anda telah menyertai perkhemahan PasukanPengakap sekolah anda di sebuah hutan rekreasi.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda.Lukisan tersebut hendaklah memberikan penekanan kepada unsur jalinan,ruang, dan pencahayaan.

6)Seekor rusa sedang minum air di sebuah tasik. Di sekitar tasik ditumbuhi pokok-pokok renek.
Lukis situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, bentuk dan jalinan.




SELAMAT MENJAWAB

Soalan Ujian selaras satu Tingkatan 4 DAN Tingkatan 5

Arahan :
Pilih satu sahaja dari soalan di bawah:

no.1

Didalam almari kaca di sebuah kedai telekomunikasi, beberapa buah telefon bimbit pelbagai jenama sedang mengadakan pesta sambutan hari jadi. Gambarkan kemeriahan pesta tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan komposisi yang menarik

no.2
Di sudut luar rumah, terdapat beberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar dibawah pangkal pokok.Sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah. tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut. Kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran. Lukiskan pemandangan tersebut dengan memberi penekanan kepada jalinan,bentuk,ruang dan pencahayaan

no.3
Anda sedang menyaksikan satu pertunjukan layang-layang. Kedudukan anda dibelakang beberapa org yang sedang menyaksikan pertunjukan tersebut. Lukiskan suasana tersebut melalui sudut pandangan dari kedudukan anda itu.Penekanan hendaklah diberikan kepada bentuk, jalinan ruang dan pencahayaan.

no.4
Seekor rama-rama sedang hinggap pada sekuntum bunga. Lukiskan panorama tersebut. Penekanan hendaklah diberikan kepada komposisi, imbangan, bentuk, jalinan, ruang dan pencahayaan.

no.5
Pokok bakau merupakan unsur alam semulajadi yang terbaik untuk menghalang pantai daripada hakisan ombak. Akar yang banyak dan berselirat dapat melemahkan pergerakan ombak yang kuat dan menjadi habitat untuk spesis hidupan kawasan hutan bakau. Lukiskan fenomena pergerakan ombak terhadap pokok2 bakau dan kehidupan sekitarnya dengan memberi penekanan pada unsur jalinan, pergerakan, ruang dan pencahayaan

no.6
Anda bersama keluarga berkesempatan melancong ke negara Thailand.Satu pengalaman menarik yang pernah anda alami ialah menunggang seekor gajah mengelilingi sebuah taman. Gambarkan pengalaman anda dengan memberi penekanan kepada jalinan bentuk dan ruang.






SELAMAT MENJAWAB!