Rabu, Mac 23, 2011

SPM oh SPM...

Hari ni,aku lepak dengan ex-student yg datang ambik result depa..Apa rasa? Ntah,aku cuma kongsi rasa dengan depa,nak kata hepi sngt,dak juga,nak kata tak hepi,dak juga.Sebab,overall aku boleh terima peratusan subjek PSV murid2 aku yg datang ambik result.Semestinya aku mengharapkan lebih baik dari tu.

Walaupun kuantiti x sama yang aku harap,at least,setahun dua ni,aku x penah miss merasa A yang depa bagi kat aku. Tak kisah la A gemuk ke kurus,yang pentingnya ada A..hehe.

Tapi,dalam semua2 tu,ada juga yang sambil2 datang ambik result,sempat juga belikan aku sebungkus nescafe segera,thanx,Siu Fung.But I'm so sorry cannot give you an A untuk kenangan seumur hidup,walaupun dia memang berbakat dalam seni.

Untuk semua,samada yang berjaya atau kurang berjaya,apa-apa result pun,hidup mesti terus. Keep on moving and never look back. Yang bagus pun kena terus melangkah,yang kurang bagus pun kena terus melangkah sebab this is not the end of your journey. Result SPM ni bukan penamat untuk perjalanan.Jadi,teruslah melangkah dengan berani.

Untuk bekas anak-anak didikku,thank you so much. Terima kasih kerana memberikan warna yang indah pada subjek pendidikan seni.

(sayangnya,aku tak bawa camera... :( )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.