Ahad, April 18, 2010

Seni ..seni...seni..boringnyeeeee..

Kerapkali aku jumpa juga ungkapan macam ni. Selalunya bagi dua kategori, yang pertama mereka yang tak siap keje yang diberi,yang kedua yang memang malas nak buat keje tu. Hello,aku bukan minta depa hasilkan kerja yang setaraf dengan pro. Bagi aku,seni di sekolah tidak lebih kepada suatu usaha untuk membentuk jiwa-jiwa yang halus dan sukakan keindahan. Kalau nak jadi pro, tu perlukan bakat dan kesungguhan yang bukan sedikit.

Orang kata fizik susah,kimia susah, add math lagi susah. Tapi,walau susah pun subjek-subjek tu,apasal ramai yang boleh score? Boleh plak dapat 100% lulus. Seni yang ramai kata senang, memang la tak ada yang fail (kalau ada pun memang jenih yang tak buat keje atau tak datang time pereksa ), tapi tak ramai yang boleh score.

Kadang-kadang,aku kesian juga kat pelajar2 melayu. Rata2 yang aku tanya,masih tak tahu hala tuju. Kalau dah form 2 form 3 pun tak tau nak pi mana lepas sekolah, memang payah la nak blajaq. Lagi parah kalau yang tak ada hala tuju tu dah form 4 or f5. Bila tak ada hala tuju,tu yang blajaq pun haru-biru. Mai sekolah saja nak jumpa kawan-kawan,pasai dok kat rumah x dak apa2 nak buat. Dok skolah boleh juga kacau-kacau kawan...kesian depa....

Bagi aku,pelajar2 melayu ada lebih adventage kalau dalam slip spm depa ada subjek PSV. Kurang-kurang, depa ada kelebihan untuk bersaing dengan rakan lain untuk minta Uitm ka, kolej2 swasta ka.Banyak sangat dah IPT yang memfokuskan seni ,tak macam zaman aku dulu. Boleh bilang dengan jari je.


Ho Lai Yin ( oil pastel on paper )










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.