Isnin, Oktober 31, 2011
Selasa, September 20, 2011
ISLAM DAN KESENIAN
Pengenalan
Namun begitu, apabila memperkatakan tentang seni visual, ianya seakan jauh terpinggir. Walaupun sebenarnya ia telah wujud lebih awal di kalangan masyarakat, kita masih merasakannya sebagai suatu cabang seni yang duduknya pada kelas kedua. Hanya golongan tertentu sahaja yang bener-benar menghayati seni visual dalam erti kata penghayatan estetika selayaknya.
Walaupun kewujudan seni visual adalah seusia dengan peradaban manusia, namun masyarakat di Malaysia masih memandang sinis akan kepentingannya di dalam membentuk nilai-nilai kemanusiaan dan budaya bangsa. Bermula dengan lebih dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan/ Pekerjaan Tangan di era sebelum merdeka sehinggalah beralih kepada Seni Visual sejak kebelakangan ini, namun martabatnya masih diletakkan pada tempat yang sama.
Lantaran itu, sejajar dengan hasrat untuk membentuk warga negara yang tahu menghargai budaya, mempunyai nilai-nilai norma kemasyarakatan yang luhur berpaksikan kepada Rukun Negara, maka perubahan demi perubahan dilakukan ke atas kurikulum pendidikan negara. Perubahan ini merangkumi pelbagai mata pelajaran di sekolah merangkumi peringkat rendah persekolahan sehinggalah ke peringkat tertinggi. Perubahan ini turut merangkumi mata pelajaran Pendidikan Seni yang dikira akan dapat mengangkat martabat seni visual khasnya ke suatu kedudukan yang lebih baik. Di samping itu, ia juga menjadi serampang dua mata sebagai uasaha membentuk minda baru masyarakat Malaysia, tidak sekadar memandang seni dari sudut estetikanya sahaja malahan mampu mengangkat darjat dan peranan seni visual di dalam pembentukan ketamadunan negara.
A) Definisi
i ) seni
Apa sebenarnya yang dinamai ‘ seni ’ itu sendiri? Terlalu banyak kupasan dan pendefinisian mengenai seni, baik melalui tokoh-tokoh sejagat mahupun tokoh seni tempatan. Baik kupasan berlandaskan estetika semata-mata mahupun pengertian seni yang dapat dikutip melalui kacamata agama. Ini melambangkan betapa luasnya kesenian itu sendiri lantaran manusia yang normal secara totalnya amat senang dengan sesuatu yang mempunyai nilai-nilai dan unsur seni.
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut Herbet Read ( The Meaning of Arts ) seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada.
ii) Definisi pendidikan
Pendidikan menurut Plato, seorang filosofis Yunani, ialah mengasuh jasmani dan rohani seseorang agar dapat sampai ke satu tahap keindahan dan kesempurnaan yang paling tinggi. Secara jelasnya, pendidikan adalah suatu usaha membentuk kesempurnaan dan keindahan di dalam diri individu. Pengertian ini adalah sejajar dengan apa yang diungkapkan oleh salah seorang lagi filosofis Yunani iaitu Aristotle di mana beliau mengungkapkan pendidikan sebagai satu usaha untuk menyediakan akal-fikiran untuk diisikan dengan ilmu pengetahuan, sebagaimana menyiapkan tanah untuk diisikan dengan tanam-tanaman.
Berdasarkan Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula membawa maksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha mematangkan individu tersebut. Secara jelasnya, pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.
Oleh kerana luasnya konsep pendidikan itu disamping pertalian intimnya dengan ilmu, para cendikiawan seringkali memberi pendefinisian tentang pendidikan berdasarkan cabang ilmu masing-masing bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas. Umpamanya, di dalam Islam sendiri, konsep ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu akhirat ( ukhrawi ) dan ilmu keduniaan ( duniawi ). Bertitik-tolak daripada kefahaman tersebut, Abdul Halim el-Muhammady mentakrifkan pendidikan daripada kacamata Pendidikan Islam sebagai suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Quran dan Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya bagi melahirkan insan yang soleh.
Manakala penganut aliran Fungsionalisme melihat individu tidak penting dalam menentukan apa yang sesuai untuk dirinya. Pendidikan bagi mereka bukanlah untuk membentuk potensi dan kebolehan individu bagi dirinya tetapi untuk keperluan komuniti dan masyarakatnya. Ini adalah lantaran masyarakatlah yang menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Salah seorang penganut aliran ini, Durkheim ( 1956 ) umpamanya mendefinisikan pendidikan sebagai penerapan pengaruh generasi dewasa kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Mereka yang dididik adalah dikehendaki mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai keperluansebagaimana yang dikehendaki oleh generasi yang lebih awal. Oleh itu, secara umumnya Durkheim menganggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan menyediakan rangka normatif dan kognitif masyarakat dalam diri invidu.
John Dewey, seorang pakar pendidikan Amerika Syarikat mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses perkembangan individu. Menurut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat.
Hj. Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih di kenali sebagai Hamka iaitu salah seorang tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap rendah diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.
Rabindranath Tagore, salah seoranr ahli falsafah dan penyair India yang terkemukamenyatakan pendidikan sebagai suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan dengan penuh makna. Menurut beliau, pendidikan tidak seharusnya hanya terikat dengan buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan sebenar manusia.
Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan masyarakatnya, berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah kerana, setiap individu, terutamanya individu muslim, telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan tersebut.
iii) Definisi pendidikan seni
Pendidikan seni di dalam sistem pendidikan formal negara ini bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
Feldman (1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, garafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.
Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidiikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semulajadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.
Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat yang jelas. Pendidikan seni adalah suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya
B) Pandangan tokoh-tokoh Barat, Timur dan Islam tentang seni dan kesenian
Seni dan kesenian sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu saendiri.
Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.
i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian
Di dalam Islam, sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian.
Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri. Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri.
Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama. Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.
ii) Pandangan Barat tentang kesenian
Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut. Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.
Pada asasnya, menurut barat senia adalah pernyataan dan teknik pembuatannya.Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.
Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.
Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya. Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, cubisme, impressionisme dan sebagainya.
C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni
Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.
Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya.. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.
Menurut Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.
Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.
Isnin, September 12, 2011
Isnin, Julai 25, 2011
Khamis, Jun 16, 2011
Ahad, Jun 12, 2011
Rabu, April 06, 2011
Ahad, Mac 27, 2011
Rabu, Mac 23, 2011
Introduction to Graphic Design Education & Careers
A career in graphic design is the marrying of art and commerce. Graphic designers use a variety of print, electronic, and film media to create designs that meet their clients' commercial (and in some cases non-commercial) needs. Using computer software such as Adobe Photoshop, QuarkXPress, Illustrator and/or Macromedia Fireworks, Flash and Freehand, they develop the overall layout and design of magazines, newspapers, journals, corporate reports, and other publications. Much of the work involves the use of vector images that can be manipulated easily. They also produce promotional displays, outdoor advertising, and marketing brochures for products and services, design unique and effective company logos, and develop signs. An increasing number of graphic designers develop material to appear on the world wide web. Indeed web designers represent one of the fastest growing related career fields and in many cases individuals work with the web and with traditional media. Graphic designers bring the talents and creativity of their artistic vision home to our every day world. They inspire and persuade us with their compelling images. They add the color, shape and texture that enriches our work, play and lives in general -- and the world's demand for qualified graphic designers is growing every year.
While it is true that the fundamentals of art and graphic design are as important now as they ever were, it is also true that the field has never been wider for these talents' exploration and expression. The development of new technologies is on the horizon. Other technologies, once thought to be new, not so very long ago, are becoming a part of our everyday landscape. With an ever-increasing appreciation of and demand for graphic imagery by the marketplace and the media, the outlook for creative and innovative designers who can master their art in these new environments has never been brighter.
Related Careers
• Advertising • ApparelDesign • Architecture • CAD • ComputerArt/Design • Design • Environmental Design | • Exhibit Design • Fashion Design • Floral Design • Footwear Design • Furniture Design • Game Design • Graphic Design | • Illustration • Industrial Design • Interior Design • Landscape Design • Product Design • Toy Design • Web Site Design |
Art Carrier - Interior Designer
Careers
Interior designers must be good with color, fabric, and furniture; have knowledge of materials, and possess good communication skills.
Their work includes creating lay outs, and even purchasing, ordering, supervising contractors, and overseeing budgets.
Most salaried interior designers work for furniture and home furnishings stores, interior designing services, and architectural firms. Others are self-employed and do freelance work -- full time or part time -- in addition to a salaried job in another occupation.
Education
Professionals in the field typically hold at least a bachelor's degree in interior design.
Education in the field will strike a balance between mastering design skills and creativity that will lead to innovative thinking about the inner and outer environment.
Art Career Statistics
Looking into art school to pursue a career as an artist, photographer, or designer? Study up on these figures first (from the most recent Bureau of Labor Statistics' Occupational Outlook Handbook)..
- About 62% of artists and related workers are self-employed. Almost one-fourth of fashion designers and 30% of commercial or industrial designers are self-employed.
- Employment of artists and related workers is projected to grow 16% through 2016, faster than the national average for other fields.
- Multi-media artists and animators will be most in demand through 2016 -- that profession will see a 26% increase in employment.
- Fine artists will see a 10% increase in employment.
- Commerical and industrial designers will face an average employment growth of 7%. They earn an average of $54,560.
- Art directors earn a median annual salary of $68,100. The lowest ten percent earn less than $37, 920, and the highest ten percent earn more than $135,090.
- Fine artists, including painters, sculptors, and illustrators, earn a median annual salary of $41,970.
- Multi-media artists and animators earn roughly $52,000 (this does not include figures from self-employed animators).
- Artists (multi-media, fine, and craft artists, art directors, and animators) hold approximately 218,000 jobs in the U.S.
- Interior designers hold 72,000 jobs.
- Employment of interior designers will grow 19 percent through 2016, faster than average.
- The highest concentration of fashion designers are employed in New York City and California.
- The majority of artists develop their skills through a bachelor's degree program or other postsecondary training in art.
CAREER OPPORTUNITIES FOR ART MAJORS
Technical
• Knowing the qualities of each medium
• Working with a variety of medium
• Attaining a high level of craftsmanship
• Good finger and manual dexterity
Communication
• Communicating visually
• Criticizing, analyzing, and explaining works of art
• Collaborating with others
• Interpreting data or verbal instructions to produce artwork
• Presenting and displaying work
Problem Solving
• Taking multiple approaches to problems
• Utilizing available resources
• Work under pressure and meet deadlines
• Adapting techniques
Artistic
• Seeing, drawing, and understanding form
• Relating abstract ideas and visual forms
• Mastering the use of color, space, and line
• Utilizing theories of composition
• Creative thinking
• Visualizing shapes and spatial relationships
Personal Traits
• Independent, confident
• Intuitive
• Self-disciplined
• Organized
• Flexible
• Imaginative
POTENTIAL CAREERS
• Art Teachers
• Art Lawyers
• Curators
• Appraisers
• Art Gallery Administrators
• Colorists
• Cartoonists
• Counselors/Therapists
• Set Designers
• Animators
• Calligraphers
• Photographers
• Graphic Analysts
• Exhibit Production Artists
• Advertising Media Planner
• Director of Development
• Docent Coordinator
• Outreach Education
• Public Programming
• Publicist
• Academic Advisor/Counselor
• Alumni Affairs Coordinator
• Lobbying Organizer/Researcher
• Market Researcher
SPM oh SPM...
Walaupun kuantiti x sama yang aku harap,at least,setahun dua ni,aku x penah miss merasa A yang depa bagi kat aku. Tak kisah la A gemuk ke kurus,yang pentingnya ada A..hehe.
Tapi,dalam semua2 tu,ada juga yang sambil2 datang ambik result,sempat juga belikan aku sebungkus nescafe segera,thanx,Siu Fung.But I'm so sorry cannot give you an A untuk kenangan seumur hidup,walaupun dia memang berbakat dalam seni.
Untuk semua,samada yang berjaya atau kurang berjaya,apa-apa result pun,hidup mesti terus. Keep on moving and never look back. Yang bagus pun kena terus melangkah,yang kurang bagus pun kena terus melangkah sebab this is not the end of your journey. Result SPM ni bukan penamat untuk perjalanan.Jadi,teruslah melangkah dengan berani.
(sayangnya,aku tak bawa camera... :( )
Isnin, Mac 21, 2011
Keputusan SPM diumumkan Rabu ini
Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. – Bernama
Rabu, Mac 16, 2011
Radiasi Tsunami Jepun
“WHO mahu memberi jaminan kepada kerajaan dan orang ramai bahawa tiada bukti buat masa sekarang penularan antarabangsa secara signifikan dari loji nuklear (di Jepun),” kata Michael O’Leary, wakil WHO di China, dalam satu kenyataan.
“Khabar angin disebarkan menerusi mesej berteks dan cara-cara lain kononnya ancaman radiasi menular merentasi Asia dan negara-negara lain ekoran kemudahan nuklear yang rosak di Jepun,” katanya.
“Kerajaan-kerajaan dan orang ramai digalak supaya mengambil langkah untuk menghentikan khabar angin (seperti ini), yang membawa kesan buruk kepada moral orang ramai,” katanya lagi. – Reuters
Selasa, Mac 15, 2011
Susahkah melukis...?
Sebenarnya,bagi aku,jawapan ni ada dalam kepala masing-masing. Melukis..sesuatu yang abstrak. Apa yang nak dilukis,macam mana nak mula,dari mana nak mula,guna apa...tu pun pilihan masing-masing. Yang pentingnya,lukislah dari hati.
Jangan juga lupa, karya orang lain tu,luahan hati mereka,manakan sama dengan perasaan kita. Lain orang,lain pelukis,lain penampilan dan garapannya.Yang penting,melukislah!!!
Dan,yang terakhir,paling penting...jangan dibuang lukisan tersebut,walau seburuk mana pun,JANGAN DIBUANG. Setiap lukisan itu sebenarnya mempunyai nilai tersendiri. Mungkin hari ini ia tidak begitu dipeduli.
Isnin, Mac 14, 2011
Alat Muzik Traditional Melayu
FOLIO KRSV 2611/3 -Cetakan
Jenis cetakanJenis cetakan klasik merangkumi :
a) cetakan timbul ( relief )
b) cetakan benam ( intaglio )
c) cetakan datar ( planography/litography )
d) cetakan stensil/ saring sutera ( seriography )