Isnin, Mac 14, 2011

Alat Muzik Traditional Melayu



Alat muzik tradisional telah lama wujud di negara ini dan di percayai menerima pengaruh dari negara luar. Terbahagi kepada empat kumpulan yang utama iaitu kordofon (bertali), mambranofon (pukulan), idiofon (perkusi) dan erofon (tiupan). Selain daripada untuk berhibur, alat muzik turut dimainkan semasa majlis khas atau upacara adat yang penuh dengan simbolisme. Alunan dan irama yang dizahirkan daripada alat muzik ini merupakan ekspresi perasaan yang menggambarkan suka, duka, kekuatan semangat dan ketenangan jiwa. Kini, alat muzik tradisional telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk tujuan pertandingan dan meraikan acara rasmi agar warisan budaya ini terpelihara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.