Isnin, Mei 10, 2010

kelas tambahan


Salam anak2 didikku..


Apa dah jadi? Kelas tadi,tak sampai pun suku dari 60 pelajar 5K yang datang. Maybe,1st day kot? Tak pa la..esok-esok kita tengok macam mana sambutan. Tak tau la pasal apa,dah pandai ke atau kepenatan. Anyway, keje mesti siap. Jangan pulak nanti dapat 'surat cinta' sudah la. Dalam simpanan,dah ada 5-6 orang yang layak diberikan surat cinta tu.Tu baru satu kelas,belum lagi kelas K1. Harap-harap tak ada dah kot.


Kerja melukis ni bukan soal pandai atau tidak. semuanya terpulang kepada diri sendiri. Dalam apa juga yang dibuat, kemahuan untuk buat mesti ada. Kalau tak ada,fikir-fikirkan la apa akan jadi pada diri 5,6.10 atau 20 tahun akian datang.


Buat pelajar2 tingkatan 5, ni adalah peluang terbaik untuk anda menentukan warna-warna hidup akan datang. Penat lelah,susah payah hari ini akan menentukan corak hidup masa depan anda. Jadi,fikir2kan lah.


Selamat Maju Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.