Ahad, Mei 23, 2010

Kerjaya Bidang Seni

A. Pereka Hiasan Dalaman
Pereka bentuk dan juruhias dalaman menggunakan teknik seni halus ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman, dan promosi jualan.
Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 2,600 – 4,200
Sektor Swasta (RM) :
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman
Diploma Seni Reka Dalaman
Contoh Institusi
Universiti Teknologi Mara
Akademi Seni Malaysia
Lim Kok Wing Of Creative Technology
Senarai Tugas
-Merekabentuk gubahan seperti lingkaran bunga, jambangan bunga, dan korsaj mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan kebolehgunaan bunga.
-Mencipta dan menghasilkan kesan seni untuk kegunaan jendela peragaan dan tempat pameran/promosi yang lain;
-Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggn, menjalankan penyelidikan, dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur;
-Merekabentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya pakaian dan perhiasan baru serta berusaha untuk Menyelaraskan pertimbangan estetik dengan keperluan teknik dan keperluan lain;
-Mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain;
-Membuat reka bentuk hiasan tatu pada kulit pelanggan;
-Merekabentuk dan melukis pemandangan pentas;
-Menyelia pengeluaran produk contoh atau merekabentuk ilustrasi, mengarahkan pekerja lain membuat model atau corak produk, atau mengarahkan pelukis kemasan atau pelukis susun atur supaya menyusun kerja seni untuk dicetak


B . Jurugambar
Jurugambar mengambil gambar, mengendalikan kamera video dan kelengkapan lain untuk merakam dan menyunting imej.
Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400
Sektor Swasta (RM) :
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perundangan
Contoh Institusi
Diploma Teknologi Fotografi
Degree photography & creative Imaging
Ijazah Sarjana Muda Fotografi

Senarai Tugas
-Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;
-Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
-Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang;
-Menjalankan kerja di studio atau mengangkut dan memasang kelengkapan di lokasi tugasan;
-Mengawal kelengkapan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;
-Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya;
-Berunding dengan pelanggan untuk menentukan objektif tugasan fotografi;
-Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;
-Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej;

C. Arkitek Bangunan

Arkitek bangunan menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat, merekabentuk bangunan rekreasi, institut, kediaman, komersil, dan industri serta merancang dan memantau pembinaannya, menyenggara, dan membaik pulih.
Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 2,000 – 5,300
Sektor Swasta (RM) : 1,980 – 4,140
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Senibina
Contoh Institusi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Malaya
Senarai Tugas
-Menyelia kerja pembinaan yang berlangsung untuk memastikan pelan, spesifikasi, dan standard kualiti dipatuhi;
-Merancang dan merekabentuk pembangunan kawasan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya, dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, industri, dan kediaman;
-Mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah berhubung dengan fungsi dan kualiti persekitaran dalaman bangunan dan membuat reka bentuk, lukisan, dan pelan yang perlu;
-Merekabentuk bangunan; menyediakan lukisan dan merancang pembinaannya;
-Menyenggara dan membaik pulih serta membina hubungan yang perlu untuk memastikan kemungkinan projek berkaitan dengan gaya, kos, dan pemasangan mematuhi peraturan dan sebagainya;
-Merujuk pelanggan dan memberikan saranan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan lain-lain aspek pembinaan;
-Membangun dan menambah baik teori dan kaedah seni bina yang baru;
-Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi, dan anggaran kos untuk pembangunan tanah, menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur, dan tumbuh-tumbuhan;
-Menyelia ujian dan pentauliahan kerja yang sudah siap.
-Merancang susun atur dan menyelaraskan pembangunan bandar;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.